Monday 1 February 2016

Surah16 (11~20)

An-Nahl, dari ayat 11~20;  


11. Ia tumbuhkan bagi kamu dengan air itu, tumbuh-tumbuhan dan zaitun dan kurma dan anggur-anggur, dan dari tiap-tiap macam buah-buahan, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi kaum yang mahu fikirkan.

12. Dan ia mudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari dan bulan, dan bintang-bintang itu dimudahkan dengan perintah nya, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda kaum yang mahu fikirkan.

13. Dan ia mudahkan apa-apa yang ia jadikan bagi kamu dibumi dengan berlainan-berlainan warna, sesungguhnya pada yang demikian itu, ada satu tanda bagi kaum yang mahu ingat.

14. Dan ialah yang mudahkan laut, supaya kamu boleh makan daripada nya daging yang lembut, dan supaya  kamu boleh keluarkan daripadanya perhiasan yang kamu boleh pakai dia dan engkau lihat kapal-kapal berjalan padanya dan supaya kamu boleh cari kurnianya, dan supaya kamu berterima kasih.

15. Dan ia adakan dibumi gunung-gunung supaya ia tidak mengoncangkan kamu, dan ia adakan sungai-sungai dan jalan-jalan, supaya kamu dapat pertunjuk jalan.

16. Dan  ia adakan tanda-tanda, dan dengan bintang lah mereka dapat pertunjuk jalan.

17. Apakah zat yang menjadikan itu sama seperti zat yang tidak menjadikan ?  apakah kamu tidak mahu fikirkan ?

18. Dan jika kami mahu hitung nikmat Allah, tidaklah boleh kamu jumlahkan dia, sesungguhnya Allah itu pengampun, penyayang.

19. Dan Allah mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan.

20. Dan berhala-berhala yang mereka seru selain dari Allah itu tidak menjadikan satu apa pun, tetapi merekalah yang dijadikan.
.
.


.